Besi kuning

Besi kuning (Wesi Kuning) ialah pancalogam berwarna kuning yang merupakan campuran 7 jenis logam iaitu emas, perak, tembaga, timah, seng (nikel?), timah hitam dan besi dalam peratusan tertentu.[1]Besi kuning dikatakan berbeza dengan besi khusrani yang merupakan sejenis logam kebatinan.Besi kuning dikatakan mempunyai kuasa ajaib dan mampu memberi kekebalan kepada sesiapa yang memakai atau memegangnya. Ia dikatakan mempunyai warna kekuningan emas. Oleh kerana ia tidak mempunyai ciri-ciri fizikal yang mudah dikenali, ujian bagi mengenal pasti ketulinan besi kuning adalah dengan menikam pemiliknya dengan menggunakan senjata besi sebelum membuat bayaran. Sekiranya ianya terbukti asli, pemiliknya tidak akan mengalami sebarang kecederaan dan kebal. Sebaliknya jika ia terbukti palsu, bayaran tidak lagi perlu dibuat.